
mrsejcutez
5 tahun
Anak muntah setiap kali minum susu
Anak saya muntah jika dia minum susu dah hal ini berlaku semalam. Tapi kalau dia minum air kosong dan makan dia tak muntah, cuma kalau menyusu je dia muntah. Umur dia 3 tahun.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala muntah dalam kanak-kanak ini sangat luas puncanya. Antara punca-punca utama adalah:
- Alahan makanan atau susu
- Susu rosak atau basi atau keracunan makanan
- Jangkitan kuman pada saluran udara/makanan ataupun paru-paru
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan seperti sejarah vaksinasi, gejala demam serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda dinasihatkan untuk membawa anak anda keklinik atau hospital jika tiada klinik yang buka dengan segera kerana muntah yang baanyak dapat membuatkan anak anda dehidrasi yang mana ianya boleh membahayakan. Sekian.