
Sulit
3 tahun
Anak muntah2 setiap kali masuk makanan
Anak saya berusia 2tahun 5 bulan…ini hari dia keluar wad.tp masih muntah dan berak2…doctor sdh buat ujian darah…dan garam dlam buah pinggang nya baik…ada demam jgk…apa masalah bgtu doc…dan apa yang patut saya buat

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Anda ingin mengetahui tentang anak anda yang masih muntah muntah dan berak-berak walaupun telah discaj dari wad. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam perkara ini.
Untuk makluman anda, gejala kanak-kanak muntah dan cirit birit boleh berlaku disebabkan oleh
- Jangkitan pada usus
- Keradangan usus atau perut
- Gangguan sistem pencernaan lain seperti alahan kepada makanan tertentu
- Keracunan makanan
Memandangkan anda menyatakan bahawa anak anda telah keluar dari wad, adakah anak anda sebelum ini telah dirawat di hospital? Sekiranya ini benar, anda dinasihatkan untuk mengikut nasihat doktor yang merawat anak anda serta mematuhi rawatan yang diberikan.
Sekiranya gejala pada anak anda masih berlarutan anda boleh rujuk kembali doktor yang merawat anak anda atau berhubung dengan kami secara atas talian untuk pandangan dan nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor