
Sulit
4 tahun
Anak Perempuan Berusia 3 Tahun Mengadu Sakit Di Kemaluan Ketika Membuang Air Besar
Anak perempuan saya berumur 3 tahun dan sedang dalam potty training… Setakat ini siang dia sudah tidak perlu pakai pampers… Ketika diluar kena kerap ajak ke toilet kalau tak dia tahan kencing… Tapi kalau di rumah dia akan beritahu nak kencing atau buang air besar tanpa perlu dipaksa… Semalam ketika dia nak buang air besar dia menjerit kesakitan… Katanya sakit dibahagian kemaluan… Mulanya saya ingat mungkin najis keras or kencing kotor sebab dia suka tahan kencing… Saya bagi dia pakai pampers dan dia buang air besar dalam pampers… Najisnya tak keras biasa je tapi tak lama lepas dia membuang dia menjerit sakit lagi…Lepas basuh saya cek kemaluannya takde pape… Tapi hari ni baru saya perasan sebelah biji kelentit kelihatan macam terkoyak… Saya pon tak pasti apa… Tapi lepas kejadian semalam bila dia kencing xde masalah… Tak sakit pon dia cakap… Tapi bila saya belek tempat yang nampak terkoyak tu dia jerit sakit… Untuk pengetahuan, anak saya sangat trauma dengan doc… Kalau bawak pergi klinik untuk cek demam pon dia akan meronta² dengan beratnya yang sudah 20kg memang sangat susah untuk handle… Sebab itu saya cuba cari jawapan melalui ruang ini dahulu… Terima kasih doctor…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, sukar bagi kami untuk memberikan kesimpulan dalam hal ini. Kami perlu memeriksa dahulu luka atau bahagian yang terkoyak yang anda nyatakan untuk mengenal pasti punca masalah tersebut. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan luka pada kulit kemaluan seperti:
- Trauma akibat menggaru
- Penyakit kulit kronik seperti psoriasis dan ekzema
- Masalah kekurangan vitamin C atau D
- Jangkitan kulat, virus atau bakteria
- Sensitif terhadap sabun
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.