azney
4 tahun
Anak Reject Susu Formulae
Doc, anak sy berumur 16 bulan. Baru2 ini dimasukkan ke hospital atas masalah AGE. Muntah & cirit birit. Sejak dr itu anak tidak menerima langsung susu. Sy cuba tukar susu formulae similac kepada karihome. Masih lagi menolak. Setakat ini, makanan pejal, air dan jus sahaja yg sy beri. Ape pilihan lain yang sy ada untuk anak yg mengalami perut sensitif?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Salah satu punca anak anda tidak mahu minum susu formula yang diberikan mungkin kerana trauma kejadian yang sama dari meminum susu itu sendiri. AGE anak anda mungkin boleh disebabkan oleh susu formula.
Saya sarankan untuk anda bercakap terus dengan doktor yang merawat anak anda tentang susu yang terbaik.Namun sekiranya anak anda tiada masalah untuk mengambil cecair minuman yang lain, itu sudah memadai kerana anak anda tidak berada dalam dihidrasi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.