
Sulit
5 tahun
Anak Sakit di Kemaluan
Anak lelaki berusia 7 tahun. Rasa sakit seperti cucuk2 di kemaluan dia. Baru terjadi ptg td, tiada simptom lain.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala zakar sakit yang anak anda alami boleh disebabkan:
- Alahan zakar - pada seluar dalam atau kain seluar
- Gigitan serangga
- Trauma pada zakar
- Jangkitan kulit (cellulitis)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.