
sophiesayed10
5 tahun
Anak sakit telinga hingga ke pipi utk kali kedua setelah 2 kali selesai antibiotik
Anak sy 4 tahun. Selepas selesai antibiotik utk kali kedua, sepatutnya sy bawa jumpa doc semula utk review, tapi sy belum bawa jumpa doc dan skrg dia sakit semula telinga kanannya. Sebelum dapat antibiotik utk kali kedua ni, doc dh periksa dan doc bgtau, telinga kanan penuh nanah menutupi gegendang dan telinga kiri separuh. Doc bg antibiotik dan ubat titis. Complete antibitoik, belum bawa tca, skrg dia sakit semula. Telingan kanan hingga ke pipi. Tak boleh disentuh. Sudah 2 hari. Saya kutangkan sakit dia dgn memberi syrup paracetamol 4 kali sehari. Lepas mkn ubat mmg sakit berkurangan, habis 6 jam, mula sakit semula.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- nanah yang masih belum pulih
- komplikasi abses
- trauma
- jangkitan kuman yang baru
Anda perlu segera membawa anak anda berjumpa dengan doktor kerana jika terlewat terdapat risiko hilang pendengaran
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.