Sulit
3 tahun
Anak saya 19 bulan menjilat cecair vape
Anak saya berusia 19 bulan mencapai cecair vape ayahnya. Saya yakin dia tidak minum cuma dia menjilat kawasan atas botol cecair vape itu. Saya cuma perasan lepas dia jilat dan mulut dia berbau cecair itu. Ada kah saya perlu bawa ke klinik atau tunggu 24jam untuk melihat perubahan anak saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, untuk keselamatan anak anda, sila membawa anak anda ke hospital kerana tidak tahu apakah kandungan bahan yang dia telankan. Lagi-lagi pun, sekiranya umur dia lagi kecil, sistem pencernaannya belum matang dan objek yang besar akan menyebabkan kepecahan sistem pencernaan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ini boleh membawa maut Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.