
Sulit
3 tahun
Anak saya berumur 2 tahun setengah. Hidung kerap berdarah. Selalu terjadi pada waktu malam. Boleh dikatakan sebulan sekali. Adakah normal atau memerlukan pemeriksaan terperinci?
Anak saya berumur 2 tahun setengah. Hidung kerap berdarah. Selalu terjadi pada waktu malam. Boleh dikatakan sebulan sekali. Adakah normal atau memerlukan pemeriksaan terperinci?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, hidung berdarah boleh disebabkan oleh beberapa pekara seperti berikut :
- Sejuk atau panas terik dan alahan.
- Jangkitan pada salur hidung (sinus).
- Trauma, sebagai contoh, menghembus hidung terlalu kuat, memicit hidung, kecederaan pada bahagian dalam hidung, benda asing di dalam hidung.
- Dinding tengah hidung senget.
- Ketumbuhan di dalam hidung (contoh: polyps, tumor).
- Penyakit lain yang berkaitan (contohnya sakit buah pinggang yang yang kronik, trombosaitopenia [bilangan platlet yang rendah] dan penyakit darah contoh hemophilia).
- Ubat-ubatan yang melambatkan pembekuan darah.
- Tindak balas bahan kimia.
Saya harap saya telah menjawab soalan anda. Jika anda memerlukan penjelasan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami atau doktor pakar ENT secara atas talian.
Terima Kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.