
shaz.razali
5 tahun
Anak saya kerap batuk dan selsema
Selamat sejahtera doktor,
Anak saya berumur 7 tahun.Saya perasan dia kerap batuk yang on off.selang sehari dua dia akan batuk.dan sometimes ada selsema.bila saya tanya anak,masa batuk ada sakit mana2 bahagian,dia jawab tidak,hanya di bahagian tekak terasa gatal dan sakit.
Kadang2,dia akan batuk sampai muntah balik apa yang dia makan (jarang sgt yang ni berlaku) dan selepas itu dia akan lega sekejap.
Dan kadang2 dia mengadu dia penat dan susah nak bernafas.
Tetapi pada waktu malam,dia tidur dengan nyenyak tanpa sebarang masalah sehingga pagi.
Tolong saya doktor.Saya runsing kerana ubat batuk dan selsema pun tak jalan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Punca Punca batuk:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asthma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.