
Sulit
5 tahun
Anak saya mengalami cirit birit
Hi doctor. Anak saya berusia 5 bulan lebih mengalami cirit birit. Pada mulanya saya yang mengalami food poisoning. Lps sehari anak saya pula cirit birit. Sehari 7 kali dia berak. Tp keluar sikit je najisnya. Anak saya susu badan sepenuhnya. Skrg sudah hari kedua dia cirit birit. Tp susu dia minum banyak. & tiada simptom2 yg dia dehidrasi. Saya belum mengambilkn dia vaccine rotavirus, boleh ke saya mengambilnya sekarang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, keterangan yang anda berikan mengenai cirit birit bayi anda adalah belum cukup lengkap. Adalah lebih baik sekiranya puan dapat menerangkan mengenai frekuensi buang air besar, sifat najis, warna najis, serta gejala tambahan yang dialami bayi seperti muntah dan demam. Hal ini adalah supaya dapat ditentukan apakah bayi merupakan calon yang sesuai untuk divaksin.
Vaksin rotavirus adalah merupakan satu bentuk perlindungan bersifat imunisasi aktif yang mana virus yang lemah atau dimatikan akan diberikan untuk mencetuskan pembentukan antibodi baru. Justeru, pemberian vaksin bukan bertujuan untuk mengubati cirit birit yang dialami oleh bayi akan tetapi sebagai langkah pencegahan daripada terjadi cirit birit pada bayi. Vaksin rotavirus terdiri daripada dua jenis dan diberikan pada saat bayi berusia 2 bulan, 4 bulan dan 6 bulan.
Seandainya anda merancang untuk mendapatkan vaksin bagi bayi anda, adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar dapat dijadualkan vaksinasi bayi anda sebelum dia mencapai usia 8 bulan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.