
Anonymous
6 tahun
Anak saya mengalami sembelit yang lama
Selamat pagi doktor. Anak saya sekarang berumur 6 tahun. Dia mengalami sembelit yang mana najis sudah penuh dalam usus dan najis itu sentiasa keluar. Setiap masa dia perlu pakai pampers kerana kurang deria rasa untuk membuang. Dia sekarang sedang mendapat rawatan di hospital dan doktor memberi syr. lactulose 6ml tds tapi saya tengok tiada beza sebelum makan ubat ini. Buang air kecil dia tiada masalah. Doktor, ada cara lain tak untuk selesai masalah ini?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berkenaan masalah sembelit anak anda ini, anda disarankan untuk meneruskan rawatan yang disarankan doktor. Sememangnya masalah sembelit yang lama apabila telah sampai ke tahap kemampatan najis di dalam usus, akan mengambil masa yang lama sebelum ia lembut dan boleh dikeluarkan.
Selain mengambil ubat tersebut, anda juga disarankan untuk sering membawa anak anda ke tandas untuk memberi latihan kepadanya dan merangsang rasa ingin ke tandas tersebut.
Sekiranya masalah ini masih tidak selesai, rujuk kembali kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi konsultasi peribadi. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami adalah percuma.