
Sulit
5 tahun
Anak selsema dan batuk berkahak
Hi doktor,
saya ada seorang anak yang berusia 2tahun, dia selsema dan batuk berkahak, perlu ka saya bawa dia ke hospital, atau ke klinik pakar kanak2?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah selsema dan batuk berkahak biasanya disebabkan oleh virus influenza. Anda boleh mendapatkan rawatan di klinik terdekat untuk membantu anak anda melegakan simptom yang dialami. Anda harus membawa anak anda ke hospital apabila dia mengalami simptom-simptom yang lebih serius seperti:
- kesukaran bernafas
- bunyi nafas berlainan seperti bunyi kucing
- selera makan berkurangan
- sukar minum air
- demam tinggi
- muntah terlalu banyak
- tiada tindak balas dari anak anda
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.