
madirra2196
3 tahun
Anak sering sakit perut
anak sy 4 tahun, sering mngadu sakit perut dlm 1-2minit shja, pling ketara mlm sblm tido, siang hari mmg tak selalu, dia berak xbrp cantik najis sllu gelap, keras ketul2 2-3ketul, kkdg mngadu nk berak tapi xberak pom, dia suka mkn mknn bercoklat dan milo, mslh sakit perut ni dh lama 1-2taon lps lgi tapi sakit kejap2 shja…dia aktif…mkn memilih, sayur dan buah tak makan nasik kosong kicap telur shja…dh xray usus 2taon lpas, usus elok xde sumbat atau apa2 dokt bgtahu tapi dokt bgtahu najis dia keras…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Soalan anda adalah berkaitan dengan masalah pada sistem pencernaan anak anda, seperti sakit perut dan buang air besar gelap, keras. Anda juga dimaklumkan usus anak anda biasa selepas xray usus 2 tahun lepas.
Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit perut adalah antara gejala utama dalam kanak-kanak. Sakit perut boleh disebabkan oleh masalah yang kurang serius seperti sembelit di mana anda menyatakan bahawa anak anda memilih makanan, tidak makan sayur dan buah-buahan. Kurangnya pengambilan serat dari buah dan sayur adalah salah satu punca sembelit dalam kanak-kanak. Pergerakan usus untuk menggerakkan najis akan menyebabkan sakit perut jangka pendek dan pergerakan usus ini akan lebih kerap dilakukan pada waktu malam ketika kita berehat juga.
Namun begitu, gejala sakit perut dalam kanak-kanak ini juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan yang serius, seperti jangkitan usus, apendisitis, intusseption dan radang usus. Sesiapa dengan penyakit ini sakit perut akan lebih teruk dan tidak melegakan, demam, muntah, cirit-birit dan gejala-gejala lain.
Sila rujuk doktor dengan segera sekiranya terdapat gejala seperti ini.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah pada sistem pencernaan anak anda serta gejala, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.