Sulit
3 tahun
Anak sudah 3 hari x berak
5 hari lepas anak sy umur 2 tahun 6 bln sy tukar susu ke dugro buah & sayur… Tp sdh 3 hari x berak… Dia kuat mkn… Susu… Mnum… Aktif mcm biasa… X meragam… Normal ka tu doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang dialami oleh anak anda. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Usus tersumbat (intestinal obstruction)
- Tahi yang keras (impacted stool)
- Jangkitan usus
- Masalah penghadaman seperti kurang mengambil makanan yang kaya dengan serat
- Dehidrasi
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Selain itu, ia juga bergantung kepada pergarakan dan aktiviti usus seseorang, setiap kanak-kanak mempunyai kekerapan membuang najis yang berbeza. Ada yang membuang pada setiap hari dan ada yang membuang 3 kali seminggu.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh anda. Kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anak anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.