
Sulit
3 tahun
Anak suka meneran sampai merah muka
salam and hi doktor, anak saya 28hari. lately dia suka meneran sampai merah muka dan menangis semasa meneran. saya check perut dia. tidak kembung. dan dlm sehari dia ada berak jugak, 2-3x. cuma pada 30/5 dia berak sekali jee. tp byk. adakah itu normal? anak saya minum susu fm dan susu badan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, bayi yang baru lahir (neonates) kebiasaannya akan membuang najis sebanyak 1 hingga 2 kali sehari. Tetapi ia juga bergantung kepada beberapa faktor seperti:
- Umur
- Hidrasi
- Penyusuan melalui susu badan atau pun susu formula
- Pergerakan usus
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh anda, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan untuk mengetahui punca mengapa anak anda meneran sehingga mukanya bertukar merah dan kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anak anda.
Sekiranya anak anda menunjukkan tanda-tanda ini, sila pergi ke hospital atau klinik berhampiran dengan segera:
- Demam
- Menangis tidak berhenti
- Muntah
- Tiada selera menyusu
- Lemah
- Terdapat darah di dalam najis
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.