
sandraemy3
5 tahun
Anak suka menggigit kuku
Anak saya berumur 2tahun,mengapa anak suka menggigit kuku?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sesetengah kanak-kanak akan mulai menggigit kuku apabila usia mencecah 3 hingga 6 tahun. Tabiat ini dapat timbul tanpa sengaja pada sebahagian kanak-kanak akibat sifat ingin tahu ataupun reaksi normal terhadap sesuatu. Bagi kanak-kanak ini biasanya tabiat ini akan mulai menghilang apabila anak mulai membesar.
Bagaimanapun, bagi sebahagian kanak-kanak yang lain, tabiat menggigit kuku dapat timbul akibat banyak hal, antaranya:
- Apabila terdapat tekanan emosi yang dialami oleh anak seperti ibu bapa yang berpisah
- Apabila ibu bapa mempunyai masalah jiwa seperti kemurungan
- Kanak-kanak dengan attention deficit hyperactivity disorder (ADHD)
Secara umum, selagi tabiat ini tidak mencederakan kuku anak atau terlalu kotor, adalah digalakkan untuk anda secara perlahan-lahan memperbaiki tabiat ini. Elakkan dari memarahi, mengugut ataupun mentertawakan anak tersebut. Terdapat beberapa jenis terapi yang boleh diikuti sekiranya tabiat anak memburuk.
Oleh itu, untuk info tambahan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.