
Sulit
5 tahun
Anak sukar membuang air besar
Hi doktor. Anak saya berumur 2tahun 2bulan mengalami masalah sukar untuk membuang air besar. Setiap kali anak saya membuang air besar, najis keras seperti batu. Anak saya membuang air besar yang keras sejak 1tahun lebih. Dan sekaranganak saya lansung tidak dapat membuang air besar dan perutnya kembung.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan seseorang sukar buang air besar atau dalam kata lain sembelit. Masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Kurang minum air
- Kurang makan serat
- Sering menahan dari membuang air besar
- Pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti suplemen zat besi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.