
Sulit
4 tahun
Anak sy demam kerap berak
Anak sy 2 th demam panas,kerap berak,skg dah tak panas tapi berak kerap lagi dah 4 hari tapi berak kerap lagi
1 hari 4/5 kali berak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Menurut situasi anak anda yang anda perihalkan, kami memahami kebimbangan anda mengenai kerap berak serta mengalami demam yang telah pulih semenjak ini. Untuk makluman anda, kanak-kanak yang berumur 2 tahun dan kebawah mempunyai purata kekerapan untuk mengeluarkan air besar sebanyak 3-5 kali sehari, bergantung pada umur mereka. Namun, ia juga boleh menandakan sebagai cirit birit yang berlaku disebabkan oleh beberapa masalah penghadaman atau pun usus.
Jika anak anda mempunyai najis yang cair dan longgar, serta berlaku beberapa kali sehari, ia boleh menandakan bahawa anak anda menghadapi cirit-birit.
Cirit-birit serta demam boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Jangkitan virus pada usus seperti Rotavirus
- Jangkitan bakteria seperti Salmonella.
- Keradangan pada usus (Gastroenteritis) yang boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun alahan makanan
- Alahan atau keracunan makanan
- Penyakit pencernaan usus seperti ketidakbolehan untuk toleransi gluten (Celiac disease)
- Dehidrasi
Kami sarankan anda membawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar sakit kanak-kanak bagi mengetahui punca masalah sekiranya anak anda menghadapi cirit birit bagi mendapatkan rawatan yang sesuai. Sila pastikan juga anda memantau untuk simptom-simptom lain seperti sakit perut, sembelit, najis berdarah, muntah-muntah, serta irritasi yang melampau. Selain itu, pastikan anak anda mempunyai sejarah vaksinasi yang lengkap dan dikemas kini.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.