
Sulit
3 tahun
Anak tak mahu menelan makanan dan air liur kerap dikeluarkan
salam dr…anak saya berumur 3 tahun. dia kerap mengeluarkan air liur sejak 3 minggu lepas. tiada demam…dan saya bawa ke klinik kata dr ada ulser. 2 minggu ini dia nak makan tapi keluarkan semula makanan setelah dikunyah. x mahu telan. tak mahu minum susu. sedangkan sebelum ni kuat makan n minum susu. minggu lps ditahan di hospital sbb kurang air.drip 3 botol air…sangat susah makan ubat. dr on antibiotik dan spray mulut. spjg 5 hr di hospital. bila dah balik dia nak makan tp semua yg dikunyah x mahu telan dan keluarkan semula. susu x mahu. hanya nak minum milo dan air masak saja .air liur masuih keluar tapi x sekerap sebelum ini. kata dr di hospital beri dia masa…tp sy risau tgk dia x makan n minum. kenapa ye dr…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda menghadapi masalah ulser, tidak mahu makan atau minum susu dan air liur yang kerap keluar. Saya akan cuba memberi keterangan berkaitan masalah tersebut.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anak anda. Antaranya adalah:
- Alahan terhadap mekanan tertentu
- Lactose intolerance
- Sembelit
- Achalasia
- Atresia oesophagus
- Ulser mulut
Anda boleh mencuba cara ini untuk meningkatkan selera makan anak anda:
- Elakkan daripada memberikan makanan sebelum waktu makan, perbanyakkan minum air antara waktu hidangan supaya mereka tidak kenyang sebelum waktu makan mereka
- Berikan makanan dalam kadar hidangan yang kecil
- Cipta jadual makan supaya mereka akan belajar bila waktu makan mereka
- Elakkan memberi makanan yang sama selama 2 hari
- Jarakkan antara waktu hidangan selama 3 jam
- letakkan makanan yang berkhasiat yang mereka suka sebagai sebahagian hidangan makanan mereka supaya mereka sentiasa mempunyai pilihan makanan lain
Saya menyarankan anda supaya berbincang mengenai masalah anak anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat serta rawatan yang lebih lanjut. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.