
Sulit
4 tahun
Anak tekak bengkak selepas pembedahan tonsil dan sukar menelan air dan makanan
Saya baru sahaja melakukan pembedahan tonsil dan ini adalah hari ketiga saya , adakah normal anak tekak saya bengkak , dan saya masih mengalami kesukaran bernafas seperti sebelum pembedahan tonsil cuma berkurangan dari pada sebelum ini , adalah ini normal doktor ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, berasa sedikit tidak selesa untuk beberapa hari selepas pembuangan tonsil adalah perkara biasa memandangkan proses penyembuhan atau pemulihan sedang berlaku. Anda boleh mengambil ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor anda. Namun begitu, disebabkan anda masih mengalami masalah sesak nafas, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.