
Sulit
4 tahun
Anak terjatuh walker
Baby sy berumur 8m terjatuh walker. Tapi bukan sebab panjat. Dia jatuh kedalam walker. Seat besar. Saya lihat tengkuknya berada di bahagian plastik gelungan roda. Apa yg perlu saya perhatikan. Baby nmpak sihat dan aktif. Cuma menangis semasa terjatuh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai keadaan bayi anda yang terjatuh kedalam alat kerusi roda bayi (baby walker).
Pada pendapat kami, sekiranya bayi anda mengalami yang berikut, kami sarankan anda bawa berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan untuk memastikan kesihatan bayi anda terjamin. Antaranya ialah:
- Sekiranya terdapat kesan lebam-lebam pada bahagian muka atau kawasan kepala dan tulang belakang bayi.
- Sekiranya terdapat perasaan sakit atau tenderness jika bahagian tersebut disentuh atau ditekan.
- Sekiranya bayi anda mengalami masalah pegerakan sama ada pergerakan yang sakit atau kekebasan serta kelumpuhan.
- Sila perhatikan sekiranya terdapat kelewatan tumbuh besar bayi, sama ada dari segi ketinggian, berat, dan juga percakapan serta kemahiran untuk berfikir dan memori.
Untuk pengetahuan lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi atau menghubungi doktor pakar kami atas talian pada link ini (Specialist Booking) bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Terima kasih.