
Sulit
5 tahun
Anak tertelan air yg berisi antiseptik dettol
Hye Dr. Baru2 ni sy rendam mainan anak dgn antiseptik dettol. Kemudiannya sy buang air sabun berkenaan dan diisi oleh air biasa. Semasa mandikan anak sy berumur 1y 11m, anak sy ada main mainan didalam bekas yg direndam. Kemudian sy dengar seolah2 dia nak muntah dan sy syak anak sy terminum kandungan air berkenaan. Kemudian sy pantau simptom2 sekiranya berlaku keracunan tetapi tiada muntah2 dan cirit birit. Cuma mulut anak sy dan air kencingnya berbau seperti zink. Soalan sy, adakah sy perlu dapatkan rawatan susulan? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kami menyarankan anda membawa anak anda berjumpa dengan doktor jika dia mengalami gejala seperti muntah, sakit perut, demam, cirit birit, kurang aktif, tiada selera makan atau minum susu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.