
cheeffa96
5 tahun
Anak tertelan sesuatu
Assalamualaikum and hello dokter. Maaf mengganggu. Saya nak tanya. 2 hari lepas, anak sy ada tertelan sesuatu…apa patut sy buat.? Sekarang ni anak sy tak de simptom2 demam ataupun muntah2, cirit birit. Tapi dy dah satu hari tak berak. Saya risau. Sy patut pegi klinik kerajaaan utk xtray ke.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, untuk keselamatan anak anda, sila membawa anak anda ke hospital kerana tidak tahu apakah yang dia telankan. Lagi-lagi pun, sekiranya umur dia lagi kecil, sistem pencernaannya belum matang dan objek yang besar akan menyebabkan kepecahan sistem pencernaan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana ini boleh membawa maut Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.