
Sulit
4 tahun
Anak tidak berak selama 9 hari
Hi. Saya mempunyai bayi lelaki berusia 2 bulan lebih. Not fully breastfeed. Saya risau dia tak berak selama 9 hari. Dia tak meragam cuma tak lena tidur malam. Dia ada kentut spt biasa. Apa yg perlu saya lakukan ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubungan dengan kami untuk bertanyakan soalan. Saya fahami kebimbangan anda apabila bayi tidak mengeluarkan air besar selama 9 hari. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kekerapan untuk membuang najis seorang bayi bergantung kepada individu tersebut. Sesetengah bayi membuang najis sekali sehari, ada juga sekali dalam beberapa hari malahan ada juga sekali seminggu. Selagi perkembangan bayi anda sihat dan berat badan meningkat secara normal, anda tidak perlu begitu risau tentang bilangan kekerapan membuang najis.
Namun begitu sekiranya bayi anda mengalami simptom sembelit, anda dinasihatkan untuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjut. Antara simptom sembelit adalah:
- Bayi kerap menangis
- Kurang selera menyusu atau makan
- Meneran dengan berlebihan sehingga muka berubah warna merah tanpa keluar najis
- Najis yang sedikit dan keras
- Najis yang kering dan berwarna gelap
Antara perkara yang anda boleh lakukan di rumah untuk mengelakkan sembelit berlaku adalah:
- Menyusu dengan lebih kerap
- Senaman untuk menggerakkan badan bayi seperti senaman kaki mengayuh basikal
- Urutan perut dan badan bayi untuk rehatkan otot perut
- Mandian air suam untuk rehatkan otot
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Saya menasihatkan anda untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lebih lanjut di klinik atau Hospital berdekatan. Anda juga boleh berhubung dengan kami di link (DoctorOnCall) untuk mendapatkan konsultasi atas talian bersama pakar secara peribadi. Terima kasih.