
Sulit
3 tahun
Anak tidak kencing kerana terkena muntah
Anak saya beumur 2 tahun, kemarin dia terkena muntah selepas meyusu… Lepas tu dari kemarin tidak meyusu sehingga hari ni… Yang saya risaukn, anak saya tidak buang air kecil waktu malam… Apa sebab tu ya, anak saya akan muntah apabila meyusu… Dan belum meyusu sehingga sekarang. Hanya minum air putih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anak anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anak anda menghadapi masalah muntah jika menyusu dan tidak membuang air kecil pada waktu malam. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Untuk makluman anda, sebab-sebab biasa berlakunya muntah:
- Jangkitan ringan kepada kanak-kanak seperti jangkitan virus atau ‘stomach flu’.
- Keracunan makanan.
- Mabuk perjalanan.
- Terlebih makan.
Sebab-sebab yang jarang berlaku tetapi serius:
- Jangkitan selaput otak atau otak / ensefalitis (meningitis or encephalitis).
- Kecederaan / hantukan pada kepala / otak.
- Ketumbuhan dalam otak.
- Usus tersumbat / tersekat.
- Jangkitan saluran kencing.
- Ketoacidosis diabetik.
- Kegagalan hati.
- Kegagalan buah pinggang.
- Penyakit metabolik.
- Radang appendiks.
- Radang pankreas.
Di samping mengalami muntah yang ketara, kanak-kanak mungkin menunjukkan tanda-tanda lain sekiranya muntah menjadi teruk. Kehilangan banyak air dalam badan menyebabkan dehidrasi berlaku. Keadaan ini terjadi apabila kanak-kanak muntah terlalu banyak dan tidak mendapat air yang mencukupi. Dehidrasi dikategorikan seperti berikut:
Dehidrasi ringan ke sederhana
- Mulut / lidah kering.
- Bibir merekah.
- Tiada / kurang air mata semasa menangis.
- Tidak membuang air kencing selama tempoh 4 – 6 jam (lampin tidak basah dalam tempoh tersebut).
- Ubun-ubun di kepala bayi menjadi cengkung.
- Gelisah.
Dehidrasi yang teruk
Semua tanda-tanda di atas dan diikuti tanda-tanda berikut:
- Kulit kering, berkedut.
- Tidak bermaya, letih dan tidak aktif.
- Mata cengkung.
- Susah bernafas.
- Denyutan nadi lemah dan sangat cepat.
- Kaki dan tangan kanak-kanak terasa amat sejuk.
- Enggan makan .
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.