
Sulit
3 tahun
Anak tidak membuang air besar selama 4 hari
Anak saya berumur 1 tahun 5 bulan fully breastfeeding,makan makanan seperti nasi spageti. sekarang dia tidak kentut dan jugak membuang air besar sudah 4 hari…Perut dia lembut dan tidakk kembung namun masih tidak membuang sampai ke hari ini. Dia aktif bermain cuma yg merisaukan sy apabila dia tidak membuang air besar…Sebelum ini dia akan membuang 1 kali 2 hari pling maksimum…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui keterangan diatas, anak anda mengalami masalah membuang air besar selama 4 hari. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Setiap bayi mempunyai kekerapan membuang najis yang berbeza dan perkara ini dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti:
- Umur
- Pergerakan usus
- Sistem pencernaan
- Pemberian susu (badan, formula atau kedua-duanya)
- Status kesihatan
Namun begitu, masalah yang anak anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Masalah usus
- Masalah pemakanan
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.