
Sulit
3 tahun
Anak umur 13 tahun demam
Ank sy umur 13 tahun demam, setiap hari makan ubat, dah kebah lps 7/8 jam panas semula brlarutan dah semingggu. Setiap hari ada muntah sedikit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anak anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Kami faham situasi yang anak anda alami pada masa ini. Namun begitu, kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai keadaan anak anda. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anak anda mengalami masalah sedemikian:
- Keracunan makanan
- Jangkitan
- GERD
- Gastritis
- Tibi (Tuberkulosis)
Walaupun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anak anda mengalami demam dan muntah-muntah. Anda masih perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Sila berjumpa dengan doktor sekiranya keadaan anak anda semakin bertambah teruk atau anak anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan di bawah:
- Demam mengganggu tidur dan aktiviti harian
- Batuk berkahak dan/atau berdarah
- Berpeluh pada waktu malam
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Sakit kepala yang mengganggu aktiviti dan tidur
- Muntah-muntah dan cirit birit
- Hilang selera makan dan berat badan menurun mendadak
Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.