
Sulit
4 tahun
Anak umur 3tahun demam on off
Anak saya berumur 3 tahun demam on off sehingga hari ini sudah masuk 12hari. saya dah bawa berjumpa doktor dan telah diberikan ubat demam dan antibiotik.pada hari ketiga demam dah tiada.antibiotik sehingga hari ketiga…kemudian demam kembali pada hari kelima.suhu boleh mencapai 39-40 darjah celcius…dia hanya demam tanpa batuk dan selsema.selepas makan ubat…demam hilang dan kembali aktif.tapi selepas 5jam consume ubat.suhu akan kembali tinggi…adakah ini disebabkan sesuatu yang merbahaya?apa yang perlu saya lakukan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah demam yang anak anda hadapi. Untuk makluman anda, terlebih dahulu saya ingin nyatakan suhu badan yang normal adalah antara 36.5 sehingga 37.5 darjah Celsius. Jika suhu badan kurang atau lebih daripada julat yang normal, bermakna anda demam atau mengalami ketidakstabilan suhu.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Demam “on off” yang berpanjangan boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ilah:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Untuk mendapat rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Penggunaan antibiotik hanyalah untuk merawat penyakit yang disebabkan jangkitan bakteria sahaja. Selain penyebab jangkitan bakteria, penggunaan antibiotik adalah tidak perlu.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk membawa anak anda berjumpa dengan doktor berdekatan sekiranya demamnya masih berpanjangan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!