
Sulit
4 tahun
Anak umur 4 tahun Hidung berdarah
Anak saya umur 4 tahun. Kerap berdarah hidung. Rehat pun dia banyak juga. 1 hari mesti tidur 2-4 jam siang. Jika tak tidur siang, hidungngya berdarah kembali.begitu juga jika dia buat Ape2 kerja sekolah. Hanya boleh 1 muka surat sahaja. Telah buat rawatan di klinik swsta dan kerajaan. Pun sama. Cakap normal. Apa tindakan saya lepas ni jika masih berdarah dan Punca?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang hidung berdarah.
Untuk makluman anda, masalah hidung berdarah atau juga dikenali epistaxis boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Tabiat memasukkan jari ke dalam hidung dengan agresif
- Demam
- Jangkitan kuman
- Keradangan sinus
- Trauma
- Alergik
- Udara persekitaran yang kering
Oleh kerana perkara ini telah berulang kali berlaku, saya berharap anda boleh membawa anak anda untuk pemeriksaan sekali lagi bagi memastikan tiada penyakit lain yang serius dihadapinya.
Sekiranya kejadian ini berlaku di rumah, anda boleh lakukan langkah berikut:
- Dudukkan anak anda di dalam keadaan menegak dan tunduk ke depan secara membongkok.
- Suruh anak anda bernafas melalui mulut.
- Picit bahagian bawah hidung yang lembut selama 20-30 minit.
- Letakkan ketulan ais dipangkal hidung untuk menguncupkan salur darah seterusnya mengurangkan pengaliran darah dibahagian tersebut.
- Lepaskan picitan pada hidung. Selepas 10 minit periksa sama ada pendarahan telah berhenti atau tidak.
- Jika masih berdarah ulangi picit bahagian hidung selama 10 minit. Jika pendarahan berterusan segeralah berjumpa doktor.
- Jika pendarahan telah berhenti, nasihatkan anak anda tersebut supaya terus duduk dan jangan menyapu atau bernafas melalui hidung.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.