
Sulit
4 tahun
Anak umur 4 tahun susah nak buang air besar
Anak saya seorang yang susah nak membuang . kebiasaan dia membuang mesti 4-5 hari sekali . masalahnya , setiap kali nak membuang mesti makan masa berjam kadang tu dua hari baru lah najisnya dapat keluar . pernah bagi makan ubat sembelit untuk lembutkan najis pun tetap tak jalan . dia makan banyak atau makan sikit , tetap macam tu jugak keadaan dia . susah membuang dan kalau membuang , najisnya susah keluar . saya bimbang kalau dia ada masalah dengan usus besar atau something wrong .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kurang serat
- kurang minum air kosong
- kanak-kanak baru sahaja mula makan makanan solid
- masalah usus (jarang-jarang berlaku)
- kesan sampingan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.