Sulit
2 tahun
ANAK UMUR 6 tahun sakit perut
Anak saya sakit perut dah masuk 6 hari,dia mengadu sakit bawah pusat.dalam sehari sekurangnya lebih dalam 5 kali mengadu sakit perut.bila sakit perut,keadaannya sangat membimbangkan saya.dia nangis sampai terjerit dan membongkok dan terpusing kiri kanan.saya dah pegi hospital sebelumnya,tetapi dah buat semua xray,ultrasound .memang x jumpa sebab kenapa dia sakit perut…lebih" lg dia langsung x cirit" atau muntah.dokter saya bingung dan sangat" minta penjelasan pertolongan
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami ke khuatiran pihak puan & suami. Kami juga mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Umumnya sakit perut pada bayi boleh berpunca dari pelbagai jenis masalah dan gangguan, antaranya adalah:
- gangguan saluran hempedu
- gangguan saluran pencernaan atau usus
- jangkitan kuman (disertai dengan demam)
- tanda-tanda alahan atau lactose intolerance
- ubat-ubatan
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Pegawai khidmat pelanggan kami akan menghubungi anda untuk membantu anda mendapatkan penyelesaian kepada masalah ini
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.