
Sulit
5 tahun
Anak usia 3 tahun berak-berak
hari 1, anak mengadu gatal dan sakit dibahagian anusnya. hari berikutnya mengalami berak-berak ±10 kali sehari. hari ini hari ke 3 masih berak-berak. tiada demam, masih aktif cuma mengadu sakit perut sekali sekala. perlukah saya membawanya ke klinik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan pada punggung boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Buasir - pendarahan buasir boleh menyebabkan kegatalan
- Penyakit Radang Usus
- Jangkitan kulat
- Jangkitan virus seperti HPV
- Jangkitan cacing
- Ketumbuhan dalam anus
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.