
Anonymous
4 tahun
Anemia kekurangan zat besi
Saya student form4.Kelmarin saya dapat result talasemia test and result itu mengatakan saya mengalami anemia.saya kerap sesak nafas,sakit kepala dan pitam.adakah itu merupakan tanda tanda saya mengalami anemia?bolehkah doktor terangkan lebih lanjut tentang anemia dan langkah seterusnya yang patut saya ambil. terima kasih

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keputusan ujian darah anda, sememangnya kekurangan darah merah atau anemia boleh menyebabkan simptom-simptom:
- Sesak nafas
- Pitam
- Sakit kepala
Ia juga menyebabkan seseorang:
- Pucat
- Kurang tenaga dan sering letih
- Kondisi yang teruk boleh menyebabkan masalah yang dipanggil “pica” di mana seseorang itu mula makan atau mengidam sesuatu yang pelik seperti pasir kerana kekurangan zat besi yang teruk ini
Anda boleh mengambil langkah pertama dengan mengambil supplement zat besi serta mengamalkan pemakanan yang kaya zat besi seperti sayur bayam, kekacang, daging merah dan hati.
Masalah anemia boleh disebabkan oleh masalah lain seperti pendarahan dalaman. Oleh itu, jika simptom and atidak pulih selepas mengambil supplement zat besi, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut agar punca anemia anda dapat dikenal pasti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat dan maklumat lanjut. Terima kasih.