
Anonymous
5 tahun
Anemia stage 3 sakit dada
Saya ada rakan yg sedang sakit teruk, mcm mana mahu mengubati?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi mengubati anemia atau kurang sel darah merah didalam badan, sebab-sebab kepada kurangnya sel darah merah perlu diketahui. Antara perkara-perkara yang pesakit boleh amalkan adalah memastikan pemakanan yang mengandungi zat besi dan asid folik mencukupi. Selain itu, pesakit juga perlu memastikan hidrasi yang mencukupi juga. Namun, kesemua ini mungkin tidak memadai dan nasihat serta rawatan yang khusus diperlukan bagi menangani permasalahan ini. Oleh itu, rakan anda perlu mengikuti nasihat doktor yang merawatnya seperti perkara-perkara yang perlu dielakkan serta ubatan yang perlu diambil.