Sulit
2 tahun
Anemia workup apa maksudnya?
doktor,sy ibu hamil berusia 25 tahun,selama sy disahkan mengalami anemia ini,sy sering ke KKIA utk pengambilan darah sy…soalan sy,perlukah utk ambil darah begitu byk sedangkan setahu sy penyakit anemia ini adalah kekurangan sel darah merah? betul ke? mohon pencerahan ttg hal ini…sy juga stress jika terus memikirkan hal ni
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun sukar untuk saya memberikan kesimpulan dalam hal ini kerana terdapat beberapa maklumat yang tak mencukupi. Secara amnya, doktor akan mengambil beberapa mililiter darah untuk dihantar dan melakukan ujian darah.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.