Sulit
3 tahun
Angin ketika mengandung
Saya mengandung 6 minggu… perut saya selalu angin dan ingin muntah selepas makan… bolehkah saya mengambil eno untuk kurangkan angin dalam badan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Apabila hamil, badan anda akan jadi lebih sensitif terhadap banyak perkara. Untuk makluman anda, kebanyakan doktor akan mengarahkan pesakit menggunakan antacid, bukan sistemik (tidak diserap oleh badan) untuk memberikan kelegaan kepada gejala angin dalam badan ketika mengandung.
Ubat tersebut mengandungi natrium untuk keperluan badan sehari-hari. Namun, jika terdapat garam dalam makanan anda, pengambilan natrium menjadi lebih dua kali ganda melebihi keperluan normal badan. Air yang berlebihan boleh menyebabkan tubuh anda mengekalkan air. Ia juga berbahaya kepada hati. Sila elakkan penggunaannya secara tetap.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Semasa kehamilan, anda dinasihatkan supaya membincangkan dengan doktor berkaitan penggunaan ubat-ubatan semasa hamil.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih