
Sulit
5 tahun
Angina yang tidak dirawat
Dr, saya wanita berusia awal 30an. Saya mengalami sakit dada, rasa menekan dan fullness pada bhagian tengah dada, sudah hampir dua bulan. Saya sudah ke bahagian kecemasan hospital berkali-kali. Dua kali berada di zon kuning bahagian kecemasan. Keputusan ECG tidak normal, ujian darah normal. Namun saya tidak diberitahu dengan jelas penyakit yang saya alami. Adakah ia angina? Buat masa ini, keadaan saya masih sama. Masih sakit dada dan tidak selesa, setiap hari dengan skala kesakitan 3-4 (skala penuh 10). Ia agak mengganggu hidup dan kerja saya. Perlukan saya pergi ke kecemasan semula walaupun kurang sakit? Jika angina, dibiarkan lama dan tidak dirawat, adakah berbahaya kepada saya?
Terima kasih Dr.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah yang anda alami boleh disebabkan oleh banyak punca antaranya:
- Masalah jantung
- Masalah paru-paru
- Masalah otot
- Masalah saraf dan sebagainya
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link di bawah untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!