Sulit
2 tahun
Ank no.3 sy batuk 13hri,pada 29.6 pergi klinik swasta,skrng 8.7.2021 pun masih batuk,demam tk kuat la,37.suhu..sy dgn ank2 takde keluar rumah langsung,.mohon pencerahan doktor..agak agak doktor ank sy ada kemungkinan kena covid ke?
Adakah ank sy batuk sbb terkena virus covid ni,kmi memang tk keluar rumah langsung…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerisauan anda, terutamanya pada waktu wabak Covid-19 ini. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sememangnya kanak-kanak mudah jatuh sakit kerana sistem imuniti badan mereka masih rendah. Namun, memandangkan gejala anak anda adalah konsisten dengan jangkitan Koronavirus, kami mencadangkan anda untuk membawa anak untuk ujian saringan. Anda boleh mendapatkan ujian saringan di sini.
Selain jangkitan Koronavirus, gejala anak anda juga boleh berpunca daripada jangkitan virus Influenza, atau jangkitan virus dan bakteria lain. Oleh itu, Anda boleh mendapatkan kepastian dengan merujuk kepada doktor untuk siasatan lanjut. Kami menyarankan agar anda terus memantau tahap kesihatan anak anda dan merujuk kepada doktor sekiranya gejala masih berpanjangan atau bertambah teruk.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.