
Sulit
3 tahun
Ank positif tapi ibu negatif kuarantin di rumah
Setelah 10hari habis tempoh kuarantin dirumah, adakah saya dah boleh memeluk anak saya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, kadar kebolehjangkitan virus Covid-19 akan menjadi sangat rendah selepas hari ke-10 selepas jangkitan. Oleh itu, selepas anak anda menghabiskan tempoh kuarantin, anak anda tidak akan menyebarkan virus kepada orang lain. Namun, sekiranya anak anda masih bergejala, kami menasihatkan anda untuk rujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sekiranya, anda mempunyai sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini