
Sulit
4 tahun
Antibiotik dan antibiotik
hi Dr, slepas rawatan chlymidia, bahgain dubur dan vagina sy gatal dan berkurang sedikit, ttpi pada dubur sy masih ada gatal dan sy teda selesa, sya jumpa doktor 2 tempat, dan kedua doktor bagi antibiotik yg berbeza…adakah perlu sy mkn brcmpur hnya menjarakan jam atau hanya 1 antibiotik sja… apa yg perlu sya lakukan…bole kedua antibiotik sy ambil?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Secara umum, pengambilan antibiotik adalah bertujuan untuk membunuh atau membendung penyebaran kuman bakteria. Terdapat pelbagai jenis ubat antibiotik dan fungsi antibiotik mengikut jenis jangkitan dan bakteria yang terlibat. Antibiotik yang merupakan preskripsi dari doktor adalah berdasarkan indikasi tertentu. Sukar untuk kami memberikan kesimpulan dan penjelasan yang dikehendaki tanpa maklumat lebih jelas dan terperinci daripada anda mengenai ubat-ubatan terbabit. Sejarah kesihatan anda secara menyeluruh juga diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.