
Sulit
4 tahun
Antibiotik jangkitan saluran kencing dan minun coffee
Saya pernah membaca bahawa seseorang yang sedang dalam amtibiotik jangkitan saluran kencing tidak dibernarkan untuk mengambil/minum coffee. Saya juga.pernah terbaca jika seseorang hendak juga minum coffee perlu dalam jeda masa yang dibenarkan setelah mengambil antibiotik. Adakah ini benar dan apakah kesannya. Mohon nasihat doktor. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, minuman kopi mengandungi kafein dan sebilangan antibiotik mungkin mengurangkan kecepatan badan memecah kafein. Kafein dalam badan akan dipecahkan dan disingkirkan oleh badan kita sendiri. Mengambil antibiotik ini bersama dengan kopi dapat meningkatkan risiko kesan sampingan termasuk kegelisahan, sakit kepala, peningkatan degupan jantung, dan kesan sampingan yang lain. Oleh itu, perkara ini dinasihatkan untuk dicegah. Antara antibiotik yang berkemungkinan ada interaksi dengan kafein adalah antibiotik kategori quinolone iaitu antibiotik yang selalu dipilih untuk merawat jangkitan saluran kencing.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih