
Sulit
5 tahun
Antibiotik ketika hamil aman atau tak jika di makan
salam dr…saya wanita berusia 27 tahun dan mengandung baru 6 minggu…baru2 ini saya alami keputihan yg berwarna cream…apa bila dr di daerah saya spekulum…nyata ternampak keradangan di area servik…dan saya di diagnos cervicitis.dr memberi kan saya ubat antibiotik yang bernama metronidazole.ada kah ubat ni boleh di konsum? saya risau dr memandang kan ini kehamilan saya yabg bertama

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, ubat tersebut adalah selamat untuk dikonsum ketika hamil. Kajian menunjukkan tiada masalah kelahiran pra-matang apabila ubat tersebut dimakan oleh ibu yang sedang hamil. Lagipun, ubat tersebut diberikan oleh doktor yang memeriksa anda dan doktor yang memeriksa anda telah maklum akan keadaan anda yang sedang hamil.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.