
Sulit
3 tahun
Antibiotik untuk pesakit covid
Saya berusia 32 tahun wanita. Positif pada 15 aug bwejangkit daripada anak 4 tahun yg positif . Suami juga positif hari yang sama dgn saya. Anak dan suami sudah tidak demam 2 hari lepas. Cuma gelaja ringan mcm xde deria rasa n bau n selera. Saya masih demam on and off dgn suhu 38. Soalan saya boleh ke saya nak ambil antibiotik untuk demam ini? Saya masjh demam walaupun dh 7 hari

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, jangkitan covid adalah sesuatu jangkitan virus, penggunaan antibiotik tidak akan berkesan, ia hanya diguna terhadap jangkitan kuman. Anda boleh cuba ambil panadol untuk mengawalkan demam anda sekiranya diperlukan ataupun ambil ubat yang ditetapkan oleh doktor anda.
Sekiranya gejala anda jadi semakin teruk atau tidak sembuh, anda perlulah menghubungi 999 ataupun merujuk kepada doktor anda dan menghubungi talian CPRC dengan 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link in untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini