
Sulit
5 tahun
Anus berdarah(lobang)
Sya lelaki berumur sya 29. Selalunya bila sya buang air besar akan ada darah. Dan 1 kali dahulu pernah cucuk benda di dalam. Iaitu lebih besar dari zakar dengan paksaan kawan. Adakan pendarahan itu berpunca dari itu ke boleh jadi sebab lain. Harap di sulitkan pertanyaan ni. Tq

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala najis berdarah ini boleh disebabkan:
- Kecederaan pada lubang dubur - akibat perbuatan rakan anda dahulu
- Buasir
- Masalah penyakit radang usus
- Masalah pendarahan
- Kesan ubat seperti aspirin/ibuprofen
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.