
Sulit
3 tahun
Anxiety and depression
Saya remaja berumur 16 tahun , saya sering berasa takut tanpa sebab bahkan hampir mencederakan diri sendiri , saya seorang pemalu dan jarang bergaul , apabila keluar rumah kadang saya merasa takut tanpa sebab , saya sering rasa sesak nafas dan overthinking, apakah doktor boleh jelaskan , terima kasih

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan penerangan anda, kelihatan seperti anda mengalami gangguan emosi, iaitu anda sering berasa takut tanpa sebab sehingga anda hampir mencederakan diri. Anda juga memaklumkan bahawa anda turut mengalami sesak nafas dan overthinking. Kami akan cuba membantu anda.
Masalah berkaitan dengan emosi sering dipandang rendah, tetapi ia adalah sesuatu perkara yang serius dan perlu dirawat seawal mungkin. Masalah berkaitan emosi yang tidak dirawat boleh memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan juga boleh mendatangkan bahaya kepada diri sendiri, seperti yang anda alami.
Gangguan emosi boleh berpunca daripada masalah kesihatan mental ataupun kesihatan fizikal. Antara punca-punca yang boleh kami pertimbangkan untuk masalah anda ialah :
- Stres/Gangguan tekanan
- Kekurangan vitamin dalam badan
- Masalah tiroid
- Kemurungan
- Generalized anxiety disorder
- Social anxiety
- Bipolar mood disorder
Anda tidak perlu risau, kerana masalah kesihatan mental boleh dikawal dengan rawatan awal. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor pakar psikiatri ataupun ahli terapi/kaunsellor supaya masalah anda dapat ditangani dengan segera.
Anda boleh mendapatkan konsultasi secara peribadi dan sulit bersama doktor pakar psikiatri kami. Anda juga boleh menghubungi talian di bawah untuk khidmat nasihat.
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
Mental Illness Support and Awareness Association (MIASA)
- Support group
- Therapeutic assessment
- Circle time and support programmes
- Islamic spiritual therapy
- Hotline: 03-79311409 , 013-3330767, 018-3617345
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.