
Sulit
3 tahun
Anxiety atau Depress
Just now
Good day Anisah ,I am a Customer Service Consultant, may I have your preferred language before we proceed next?
Kindly choose an option from below by indicating the alphabet at the front of the option.
a. English
b. Bahasa Malaysia
Just now
Salam sejahtera dr, saya anisah. berumur 19 tahun dan merupakan seorang pelajar. Saya mengalami kesukaran tidur dan sering mendengar suara suara yg seakan akan terngiang ngiang di telinga. perkara tersebut berlaku ketika saya cuba untuk tidur. Dan itu menjadikan saya terjaga sepanjang malam sehingga buat saya rasa takut. ketakutan saya boleh berlaku sepanjang hari. Saya juga mengalami kesukaran bernafas sehingga sya boleh mendengar degupan jantung yang kuat. terasa bebanan yang berat di dada. ada masanya saya rasa menggigil sejuk. saya tidak merasakan sebarang motivasi dalam diri. saya tidak boleh fokus dalam setiap benda yg saya lakukan . saya cuba untuk fokus tapi hanya mampu bertahan skjap saja dan seterusnya buat saya sukar bernafas. Adakah ini tanda tanda stress atau anxiety ? Mohon bantu . Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan serta luahan hati anda, kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu mendengar suara yang boleh menganggu tidur anda, ketakutan, sukar nafas dan degupan jantung kuat. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Kemurungan atau depression
- Keresahan dan kegelisahan atau anxiety
- Schizophrenia
- Masalah bipolar
- Masalah kemurungan yang kronik
Masalah kesihatan mental perlu disiasat lebih lanjut oleh doktor pakar. Namun begitu, terdapat juga beberapa perkara yang menjadi faktor seperti:
- Tekanan emosi
- Sawan
- Masalah tidur
- Masalah pada telinga
- Kesan sampingan ubat
- Ketumbuhan pada otak
Untuk pengetahuan anda, mendengar suara atau bisikan bila tiada orang disekeliling seseorang individu dikenali sebagai halusinasi pendengaran.
Kami sangat menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan segera. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai masalah yang dialami dan supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.