
Sulit
4 tahun
Anxiety atau Depression
Hello doktor… Sya seorang suri rumah berumur 28 tahun… Sya sering mengalami sakit kepala dan mood yang up and down… Fikiran negatif jga sering terlintas… Sya takut dan risau akan keadaan ini doktor… Perlu kah sya berjumpa dengan pakar dan mengambil ubat yg disarankan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan keadaan yang anda sedang alami:
- Masalah psikologi: Kemurungan (depression), keresahan (anxiety), penyakit bipolar
- Masalah kelenjar tiroid: hipo atau hipertiroid
- Kekurangan rehat dan tidur
- Stres atau tekanan perasaan/emosi
Ini hanyalah keterangan kami secara am. Disebabkan ia merupakan masalah psikologi atau mental, hal ini memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor dan kami tidak dapat memberikan apa-apa diagnosis disebabkan maklumat lanjut adalah diperlukan dan siasatan perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar dan seterusnya dapat memberi rawatan dan bantuan kepada anda.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami tidak dapat memberi rekomendasi ubat kerana anda perlu mendapatkan diagnosis dan disiasat dengan lebih lanjut kerana ubat hanya akan diberikan kepada anda berdasarkan diagnosis yang diberi.
Anda juga boleh melakukan beberapa perkara di bawah untuk mengurangkan gejala yang anda alami:
- Mendapatkan rehat dan tidur yang cukup
- Meluangkan masa sendiri (me time) untuk merehatkan minda anda
- Cerita masalah atau apa-apa yang mengganggu anda kepada suami atau individu yang anda percaya
- Mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam
- Meluangkan masa bersama dengan ahli keluarga untuk mengalihkan perhatian anda daripada berfikiran yang bukan-bukan
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan mengenai keadaan anda daripada doktor kami. Privasi anda akan kami jaga, terima kasih.