
Sulit
4 tahun
Anxiety attack ketika buat perkara yang kita suka
Saya wanita berusia 22 tahun. Saya mengaku pernah mengalami depression beberapa kali, namun saya tidak pernah menerima atau rujuk rawatan daripada mana-mana pakar. Saya juga merasa diri saya ada anxiety disorder. Saya ada hobi yang saya sangat gemari iaitu melukis . Namun selepas saya alami depression ,saya sudah tinggalkan hobi berkenaan. Dan kini saya ingin kembali pada hobi tersebut, tapi setiap kali saya ingin melukis. Saya terasa anxiety saya menyerang. Degupan jantung saya laju dan menggigil-gigil. Kenapa ya? Perlu kah saya rujuk pada specialist.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, saya fahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan mengapa anda mengalami masalah seperti yang dinyatakan di dalam ruangan soalan, seperti:
- Stres berlebihan
- Kemurungan
- Kurang rehat
- Kegelisahan
- gangguan panik
- Trauma dan kenangan pahit pada masa lampau
Namun begitu ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Pihak kami menasihatkan anda untuk ke klinik psikiatri atau klinik berdekatan untuk membuat saringan awal sebelum dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan rawatan segera. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk menjalankan kaunseling jika tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk info lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan yang diinginkan.Terima kasih