Sulit
2 tahun
Anxiety attact / panic attact
Hi Saya wanita 20an , sudah dua hari Saya tidak turun kerja kerana masalah mental yg kurang stabil. Dari kemarin sy berasa ingin menangis dan dan tak tentu arah , rasa Macam ada sesuatu yang menekan diri Saya untuk teriak dan gelisah hingga tangan rasa Macam kesemutan, pernafasan juga agak laju seperti saluran pernafasan di bahagian esofogus menyempit, sy sudah pernah mengalaminya beberapa kali sejak beberapa tahun dahulu , kini sakit tu datang lagi ketika sy mulai cuba berusaha memperbaiki diri . Ini adalah kerja pertama Saya setelah lama mengelak dari dunia luar , sy takut sakit ini buat Saya berhenti kerja seperti Saya berhenti sekolah dulu. Apa patut sy buat
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Penanganan untuk gejala panik bertujuan untuk mengurangi intensiti dan kekerapan gejala agar kualiti hidup bertambah baik. Penanganan dapat dilakukan dengan pemberian ubat dan dengan psikoterapi. Keduanya dapat dilaksanakan secara bersamaan atau hanya satu sahaja, tergantung dari kondisi dan tingkat keparahan yang dialami.
Jenis terapi yang diterapkan untuk mengubati penderita dengan gejala panik adalah terapi cognitive behaviour. Dalam terapi ini, penderita akan dibimbing untuk memahami dan meyakini bahawa panik tidak membahayakan. Penderita juga akan diajar mengubah respons perasaan dan perilaku terhadap pola pikiran negatif, sehingga nantinya membantu mereka dalam mengatasi serangan panik secara mandiri. Dengan kata lain, penderita diajar untuk mengatasi rasa takut terhadap situasi yang membuat mereka panik.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Psikiatri