
Sulit
3 tahun
Anxiety dan hyperthyroid dan dose kedua pfizer
Temujanji dose kedua vaksin covid adalah pada 12/9.
Saya punyai anxiety dan panic disorder sejak 14 tahun yang lalu. Saya mengambil setraline sehingga kini.
Hari ini saya dapat tahu ada hyperthyroid. Maka perlu pula mengambil carbimazole dan propanolol bermula hari ini.
Adakah patut saya tangguhkan dahulu vaksin dose kedua sehingga selesai rawatan hyperthyroid?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 disyorkan untuk semua individu kecuali mereka yang mempunyai sejarah alahan teruk terhadap ubat-ubatan dan masalah kesihatan akut. Memandangkan anda baru sahaja mendapat diagnosis hipertiroid, kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor supaya penilaian tahap kesihatan dapat dilakukan untuk memastikan jika anda boleh menerima vaksin. Tambahan lagi, sebelum anda mendapatkan vaksin Covid-19, pastikan anda memaklumkan kepada petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin mengenai sejarah perubatan anda. Anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-888-828 ataupun mendapatkan nasihat doktor kami secara atas talian mengenai perkara ini dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih gusar dengan masalah tiroid? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini